Thursday, September 15, 2011

ISA dimansuhkan???

apa pandangan anda???...ISA dimansuhkan.....


pada saya, bguslah dimansuhkan kerana kita tahu akta itu menzalimi rakyat....

tpi adakah cukup dan berpuasa hati dengan semua ini???

pada sy,,byak lagi perlu diperjuangkan...

Islam perlu diperjuangkan...

selagi tidak mengikut syariat Islam,,pasti ramai tidak bersetuju....


apa2pun,,,Islam is no 1.........

Sunday, August 7, 2011

ramadhan ini..~akhlak mulia,,syurga menanti anda~

alhamdulillah...alhamdulillah.....syukur......selalulah ucap dlam hati kita ucapan ini,,kerana segala nikmat yang kita peroleh hanya dari  Yang Esa,,ALLAHUAKBAR.......

ramadhan....dah berapa hari ye???sedar2,,,dah hari ke-8....sedih rasa kerana ramadhan akan pergi xlama lagi....

ok lah,,,cm ne ramdhan sepanjang 7 hari yg berlalu????kite yakin amalan kita sepanjang ramadhan diterima??
kita yakin puasa kita ALLAH terima????


Ya ALLAH,,bila terdetik pertanyaan seperti ini dihati,,,hati mula takut....
adakah amalan aku diterima??
adakah puasa aku diterima???
kalau tidak diterima macam mana??

emmm....cuba kite renung2kan....
sebagai contoh,,puasa dalam bulan ramadhan.....
kalau kita tanye ustaz atau ustazah atau orang2 alim....kita tanya, "adakah puasa saya sah?"....
ok,,semestinya ustaz itu jawab, "sah kalau kamu buat semua rukun sah puasa dan tidak buat perkara yang batal kan puasa....
jika dilihat dari aspek rukun sah puasa,,semestinya puasa kita sah....

tetapi,,,cuba kita tanya pula,,"puasa saya diterima x oleh ALLAH"
apa ustaz 2 jawab ye???
pasti ustaz 2 berkata, "hanya ALLAH lebih tau"....

ok,,jika dilihat disini....
kita yakin puasa kita sah,,tpi kita dapat jamin x ALLAH terima puasa kita???
hanya ALLAH tahu....
itulah pentingnya untuk kita sentiasa beribadat kepadaNYA...
sentiasa memohon kepadaNYA....kerana hanya DIA mampu melakukan segalanya...

sepanjang ramadhan ini,,,,
bukan hanya cukup dengan berpuasa,,kita juga perlu menjaga adab.....menjaga akhlak.....
pentingnya semua ini.....
akhlak ini merangkumi segalanya.....akhlak bersama ibu bapa,,saudara-mara,,sahabat handai,,bahkan akhlak bersama binatang.....
akhlak yang mulia perlu kita ikut
sifat mahmudah perlu sentiasa ada dalam hati kita dan sentiasa mengamalkannya....



mengapa akhlak itu penting???
kerana akhlak yang baik pastinya akan menggembirakan orang sekeliling kita....
jadi,,sudah pasti orang sekeliling sentiasa menyukai kita bahkan akan mendoakan kita....

oleh hal yang demikian,,,kita kena sedar bahawa akhlak juga perlu dijaga dalam bulan ramadhan ini....
insyaALLAH,jika kita sudah buat terbaik dalam semua hal,,pasti puasa kita diterima ALLAH..insyaALLAH...

dalam kita tidak sedar,,sebenarnya ramdhan melatih kita untuk mengamalkan akhlak yang mulia....
apabila kita sudah biasa bersikap baik dalam bulan yang mulia ini,,tidak mustahil  akhlak mulia kita akan berterusan sampai bila-bila dalam kita tidak sedar.....
maka,,,sudah pasti lahirlah seorang insan berakhlak mulia...=)


fikir2kan dan renung2kan.....


perkara ini nampak kecil tetapi besar kesannya jika kita amalkan atau sebaliknya.....

beribadah kepada ALLAH......amal akhlak mulia......pasti syurga  menanti anda...=)

selamat beramal...
wallahu'alam.......


-anak jati peghok-

Friday, August 5, 2011

amacam ramadhan kite????



6 ramadhan 1432 H.....6 ogos 2011 M.....

emmm...tgok tarikh kat atas,,,cpat btul masa brlalu.....sedar2 dah 6 ramadhan..kalu boleh,,,nak sgt detik masa dlm bulan suci ni berjalan ngn lambat...byak lagi xbuat.....

ok lah,,mari sama2 kite renung2kan....

setakat 6 ramadhan,,ape yg dah kite buat utk tunjuk syg kite pada ALLAH?????

ok,,pkir2.....

bgun2 pagi tdi wat pe??????


sepanjang ramadhan,,,kite dah buat blum prkara yg ade kat bwah ni????jom seee........


puasa?






solat awal waktu?

mengaji?



















solat terawih?
solat hajat?
solat taubat?
solat dhuha?
solat istikhrah?
solat rawatib?
sedekah?
baca al-ma'thurat?
selawat?



takbir,,tahmid,,tasbih????









ok....dah wat belum???jom sama2 kite buat...jgn lengah2....=)
ok lah,,senarai atas 2,,,semua ibadat yg sememangnye terus nampak,,tpi cm ne ngn snarai bwah ni??
kdang2 kite xpasan,,mgkin sbab ckit2 ni pahala puasa kite mgkin kurang.....
ok...jom seeeee......


tlong mak ayah????
ckap ngn lemah lembut???
riak,,takbur,,ujub????
bersangka buruk??
melawan mak ayah??
duk melayan bende x berfaedah????
xbuat kerje yg mak suruh???
bergaduh ngn rakan???
ade musuh??
dera binatang??
masam muka ngn org sekeliling???
ingat kat insan yg bukan mahram????
duk berhubung ngn org bkan mahram???


ok,,byak lagi benornye...tpi,,cube pkir,,,kdang2 kite takut....ntah sbab perkara yg kite xsedar,,puasa kite xditerima......


ok lagi satu,,,,
nmpak kcil,,tpi akibt besar....


emmm...

mengumpat???????????

cm ne????ade ngumpat org?????
aduhh....nauzubillah...jauhkan..........

fikir2kan.....

sekadar muhasabah diri ini gak.....

=)

Bersua kembali....

ALHAMDULILLAH.....selalu lah ucapan ini berada dalam hati kita...kerana kalimah ini bermakna kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan ALLAH.....


Bila lihat balik post2 sebelum ni,,rupenye lama dah x menjenguk blog ini...dah bersarang dah blog ini....itulah masa,,cepat betul berjalan...sedar2,,diri ini dah 22 tahun......


ape pun....salam ramadhan untuk semua.....

ingin bersama dunia blogger.....=)


kini.......


bulan yg suci jangan tidur mati..
sebab nak bgun qiyam n sahur nanti...
akhir2 ini,,facebook kurang dihati.....
kerna dunia blogger berjaya mencairkan hati ini.....


hehehe

salam ramadhan al-mubarak...bukan ramadhan al-murtabak tau...hehhehe


ok.....


-anak jati peghok-

Sunday, October 3, 2010

petua awet muda.....=)

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

Tuesday, August 10, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan........

emmmm......lama rasanya diri ini tidak mencoret di blog ini.....pejam celik,,pejam celik.....kita sudah pun sampai pada satu bulan yang amat suci......selamat datang ramadhan......penantian ramadhan kali ini sangat dinanti-nanti.....kalau difikirkan,,,penulis menunggu bulan ramadhan sejak raya aidilfitri tahun lepas lagi....entahlah....xtau lah kenapa.....tetapi,,memang ramadhan kali ini sangat ditunggu-tunggu.......

azam tahun ini kalau boleh,,diri ini nak gunakan ramadhan kali ini sehabis baik.....diri ini mengaku,,ramadhan yang lepas,,,diri ini tidak menggunakan sehabis baik dalam bulan ramadhan untuk mendekatkan diri kepada Allah.....terasa sangat menyesal kerana tidak memanfaatkan sebetulnya.....diri ini ingat lagi,,,,pada tahun lepas,,,,apabila aidilfitri menjengah datang,,,diri ini terasa sedih yang teramat sangat......diri ini berasa sangat sedih kerana tidak menggunakan sehabis baik ramadhan yang datang dan hanya membiarkan ramadhan berlalu begitu sahaja.....jikalau boleh,,,pada ramadhan kali ini,,,tidak ingin perkara yang sama berlaku.....orang-orang tua selalu berkata,,,jangan bagi pisang berbuah 2 kali......insyaAllah....

Ramadhan kali ini,,,,diri ini berazam untuk menggunakan sehabis baik ramadhan yang datang menjengah....ingin sekali diri ini berjumpa dan memanjatkan kesyukuran pada malam lailatulqadar......hanya Allah tahu betapa tika ini hati terlalu merindui ingin beribadah kepadaMu.....ingin sekali diri ini berjumpa dengan malam lailatilqadar...makbulkan doaku ya Allah.......

Ya Allah....berikan aku kesabaran dan keimanan yang tinggi untuk beribadah kepadaMu.....betapa aku ingin memanjatkan kesyukuran kepadaMu.......aku bersyukur dengan segala apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku selama ini....aku inhgin memohon kepadaMu.....aku sedar hanya diriMu boleh memakbulkan doaku.......kuatkan imanku ya Allah...berikan ak kekuatan yang tinggi....aku pinta padaMu ya Allah......ya Allah,,,ya Rahman....ya Rahim........

malam lailatulqadar ialah satu malam yang penuh dengan rahsia......sesiapa sahaja yang bangun pada waktu ini dan memohon kepada Allah,,doanya akan dimakbulkan...

Sunday, July 25, 2010

Nisfu sya'ban......

Sedar tidah sedar,,,bulan Sya'ban sudah hampir berlalu. Ramadhan pula bakal menjelma. Jika menyebut bulan Sya'ban sahaja,, sudah pasti setiap orang akan terlintas istilah 'nisfu sya'ban'..
Kita digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Berdasarkan apa yang saya dengar sebelum ini, dan baca daripada pelbagai buku termasuk majmu' syarif, terdapat amalan yang boleh kita lakukan pada malam nisfu sya'ban. Kita digalakkan:
1) Membuat solat sunat rawatib ba'da maghrib.
2) Digalakkan juga mengerjakan solat sunat tasbih
3) Diteruskan dengan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan niat yang berbeza-beza.
Niatnya ialah :
  1. Meminta kita dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah S.W.T
  2. Meminta agar kita diberi rezeki yang banyak dan halal sebagai bekal beribadah kepada Allah S.W.T.
  3. Memohon agar kita dikuatkan iman.
Kemudian diteruskan dengan membaca doa nisfu sya'ban.
Semoga kita sama-sama beramal kerana kita belum pasti sama ada kita berkesempatan atau tidak untuk berjumpa dengan nisfu sya'ban akan datang. Tiada sesiapa yang sempurna, tetapi setiap orang boleh berusaha untuk berubah kepada lebih baik.....=)
Wallahu'alam.......