Sunday, October 3, 2010

petua awet muda.....=)

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

Tuesday, August 10, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan........

emmmm......lama rasanya diri ini tidak mencoret di blog ini.....pejam celik,,pejam celik.....kita sudah pun sampai pada satu bulan yang amat suci......selamat datang ramadhan......penantian ramadhan kali ini sangat dinanti-nanti.....kalau difikirkan,,,penulis menunggu bulan ramadhan sejak raya aidilfitri tahun lepas lagi....entahlah....xtau lah kenapa.....tetapi,,memang ramadhan kali ini sangat ditunggu-tunggu.......

azam tahun ini kalau boleh,,diri ini nak gunakan ramadhan kali ini sehabis baik.....diri ini mengaku,,ramadhan yang lepas,,,diri ini tidak menggunakan sehabis baik dalam bulan ramadhan untuk mendekatkan diri kepada Allah.....terasa sangat menyesal kerana tidak memanfaatkan sebetulnya.....diri ini ingat lagi,,,,pada tahun lepas,,,,apabila aidilfitri menjengah datang,,,diri ini terasa sedih yang teramat sangat......diri ini berasa sangat sedih kerana tidak menggunakan sehabis baik ramadhan yang datang dan hanya membiarkan ramadhan berlalu begitu sahaja.....jikalau boleh,,,pada ramadhan kali ini,,,tidak ingin perkara yang sama berlaku.....orang-orang tua selalu berkata,,,jangan bagi pisang berbuah 2 kali......insyaAllah....

Ramadhan kali ini,,,,diri ini berazam untuk menggunakan sehabis baik ramadhan yang datang menjengah....ingin sekali diri ini berjumpa dan memanjatkan kesyukuran pada malam lailatulqadar......hanya Allah tahu betapa tika ini hati terlalu merindui ingin beribadah kepadaMu.....ingin sekali diri ini berjumpa dengan malam lailatilqadar...makbulkan doaku ya Allah.......

Ya Allah....berikan aku kesabaran dan keimanan yang tinggi untuk beribadah kepadaMu.....betapa aku ingin memanjatkan kesyukuran kepadaMu.......aku bersyukur dengan segala apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku selama ini....aku inhgin memohon kepadaMu.....aku sedar hanya diriMu boleh memakbulkan doaku.......kuatkan imanku ya Allah...berikan ak kekuatan yang tinggi....aku pinta padaMu ya Allah......ya Allah,,,ya Rahman....ya Rahim........

malam lailatulqadar ialah satu malam yang penuh dengan rahsia......sesiapa sahaja yang bangun pada waktu ini dan memohon kepada Allah,,doanya akan dimakbulkan...

Sunday, July 25, 2010

Nisfu sya'ban......

Sedar tidah sedar,,,bulan Sya'ban sudah hampir berlalu. Ramadhan pula bakal menjelma. Jika menyebut bulan Sya'ban sahaja,, sudah pasti setiap orang akan terlintas istilah 'nisfu sya'ban'..
Kita digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Berdasarkan apa yang saya dengar sebelum ini, dan baca daripada pelbagai buku termasuk majmu' syarif, terdapat amalan yang boleh kita lakukan pada malam nisfu sya'ban. Kita digalakkan:
1) Membuat solat sunat rawatib ba'da maghrib.
2) Digalakkan juga mengerjakan solat sunat tasbih
3) Diteruskan dengan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan niat yang berbeza-beza.
Niatnya ialah :
  1. Meminta kita dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah S.W.T
  2. Meminta agar kita diberi rezeki yang banyak dan halal sebagai bekal beribadah kepada Allah S.W.T.
  3. Memohon agar kita dikuatkan iman.
Kemudian diteruskan dengan membaca doa nisfu sya'ban.
Semoga kita sama-sama beramal kerana kita belum pasti sama ada kita berkesempatan atau tidak untuk berjumpa dengan nisfu sya'ban akan datang. Tiada sesiapa yang sempurna, tetapi setiap orang boleh berusaha untuk berubah kepada lebih baik.....=)
Wallahu'alam.......

sabar........

Dalam meniti kehidupan ini,,sudah pasti setiap insan yang bergelar hamba ALLAH,,akan sering diuji dgn ujian yang kadang-kadang merasakan ujian itu sangat perit. Tetapi,,ingatlah wahai kalian semua,,ALLAH memberi ujian kerana ALLAH sayangkan hambaNya.. Mana mungkin ALLAH buat sesuatu untuk keburukan hambaNya. Cuba kalian semua bayangkan. Apa akan jadi sekiranya kita langsung tiada ujian dan hanya berseronok?????...adakah kita akan sentiasa ingat ALLAH???....kita tidak pernah sedih,,,,sentiasa apa yang kita inginkan kita akan peroleh.....kita sentiasa berseronok......adakah pada waktu itu kita akan sentiasa ingin dekatkan diri dgan ALLAH?????sukar sekali bukan....Jadi,,,bersyukur lah andai ujian itu datang. Allah buat begitu kerana ALLAH menyayangi hambaNya.. Allah nak kita sentiasa rapat denganNya...fikir-fikirkan lah....

Memang ramai yang berkata dan ada yang melontarkan kata...."tak sanggup dah nak hidup,,kalu cam ni jadi nye baik mati"....astaghfirullahalazim.....banyak2 kan beristighfar......jangan sekali-kali kita lontarkan kata-kata seperti ini.......sedar atau tidak,,,apabila kita melontarkan kata-kata seperti ini,,,kita seperti bersangka buruk kepada Allah....na'uzubillah......Allah tidak akan buat sesuatu perkara melainkan untuk kebaikan hambaNya......Allah tau mane yang baik untuk kita......sebelum ingin menyesal sesuatu perkara,,,,fikir lah dahulu secara rasional......janganlah kita sukhzon(bersangka buruk) kepada Allah.......Allah tau yang terbaik untuk kita.....kita merancang,,,Allah merancang,,,tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik.....
wallahu'alam......

assalamualaikum.....

alhamdulillah.....akhirnya diri ini berjaya menghasilkan satu blog......tetapi,,ramai yang tidak mengetahui tentang blog ini......itu tidak mengapa......andai ada yang ingin membaca di blog ini,,,diri ini sentiasa membenarkan.......
pertama sekali,,,teman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik teman kerana sudi mengajar teman mencipta blog......adik teman,,,,http://qalbumuslim.blogspot.com/ yang banyak membantu......alhamdulillah.....

sebenarnya,,,tujuan diri ini menulis blog,,,hanya ingin berkongsi sesuatu dan dalam masa yang sama melontarkan pendapat yang terbuku dihati.......diri ini masih lagi dalam proses pembelajaran......masih byak yg perlu dipelajari.....blog ini juga masih belum sempurna.....

insyaALLAH......lebih banyak menghabiskan masa di blog berbanding laman yang  lain......dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,,,diri ini mula menulis blog.......=)........