Sunday, July 25, 2010

Nisfu sya'ban......

Sedar tidah sedar,,,bulan Sya'ban sudah hampir berlalu. Ramadhan pula bakal menjelma. Jika menyebut bulan Sya'ban sahaja,, sudah pasti setiap orang akan terlintas istilah 'nisfu sya'ban'..
Kita digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Berdasarkan apa yang saya dengar sebelum ini, dan baca daripada pelbagai buku termasuk majmu' syarif, terdapat amalan yang boleh kita lakukan pada malam nisfu sya'ban. Kita digalakkan:
1) Membuat solat sunat rawatib ba'da maghrib.
2) Digalakkan juga mengerjakan solat sunat tasbih
3) Diteruskan dengan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan niat yang berbeza-beza.
Niatnya ialah :
  1. Meminta kita dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah S.W.T
  2. Meminta agar kita diberi rezeki yang banyak dan halal sebagai bekal beribadah kepada Allah S.W.T.
  3. Memohon agar kita dikuatkan iman.
Kemudian diteruskan dengan membaca doa nisfu sya'ban.
Semoga kita sama-sama beramal kerana kita belum pasti sama ada kita berkesempatan atau tidak untuk berjumpa dengan nisfu sya'ban akan datang. Tiada sesiapa yang sempurna, tetapi setiap orang boleh berusaha untuk berubah kepada lebih baik.....=)
Wallahu'alam.......

No comments:

Post a Comment